Dapat Tahu Abang Dah Mati, Reaksi Kucing Menangis & Letak Kepala Di Peha Tuan Bikin Sebak
"Kucing baka ni habit dia sebiji macam manusia, sedih ke happy ke memang macam manusia" - Warganet.
Bagi pencinta kucing, pasti mereka akan merasa sedih jika kehilangan haiwan peliharaan itu
Siapa saja yang tidak menangis apabila haiwan yang kita jaga sejak kecil bertahun-tahun lamanya tiba-tiba pergi meninggalkan kita.
Begitulah yang dirasai oleh seorang lelaki ini. Tetapi, rakaman video yang diambilnya lebih menyayat hati apabila kucingnya turut menangis selepas mendapat tahu abangnya sudah tiada.
Lihat video itu di bawah:
Tuan baru lepas tanam abang, si adik macam faham dan menangis di peha
Menerusi video yang dimuat naik oleh @affliniqkhbal, kelihatan individu tersebut memberitahu kepada kucingnya yang berbaka Tortoiseshell itu bahawa abangnya sudah tiada.
Seolah-olah memahami apa yang disampaikan kepadanya, mata kucing itu tiba-tiba berair dan seperti sedang menahan sedih.
Lebih memilukan dan membuat warganet sebak adalah apabila dia menundukkan kepala di peha tuannya tanda ingin mengadu bahawa dia sedang berduka mendengar perkhabaran itu.
"Mata dia berair. Kesian dia dah tak ada kawan bermain, kalau boleh carikan teman pengganti. Saya pun turut sedih" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.6M views, 329.4K likes dan 36.7K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut sedih dan menangis melihat raut wajah kucing itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!