seismik

"Amazing Dik" - Tular Rakaman Gadis Tolak Kapal Terbang Ini Buat Netizen Kagum & Adore

"Adorenya wanita-wanita begini, lagi-lagi yang dekat offshore tu" - Netizen.

Cover image via @zulkarnainmohdsal (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, tiada lagi istilah hanya lelaki saja boleh buat kerja berat

Orang wanita juga boleh, malah kebanyakan golongan ini mampu bekerja dalam industri hebat seperti jurutera, pekerja binaan, offshore di tengah laut dan macam-macam lagi.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman pendek memaparkan seorang gadis bekerja sebagai jurutera di lapangan terbang telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Sempoi bawa jentera untuk tolak kapal terbang, ramai pula yang kagum tengok

Menerusi perkongsian video daripada @zulkarnainmohdsal, kelihatan gadis itu sedang membawa sebuah jentera besar yang menolak kapal terbang di sebuah lapangan.

Apa yang membuatkan ramai kagum melihat video itu adalah kerana selalunya kita lihat pekerja lelaki saja yang membawa jentera itu.

Namun, zaman sekarang tiada yang mustahil bagi golongan wanita. Sesiapa saja layak untuk menjadi jurutera hebat. Betul tak?

"Bukan kaleng-kaleng kerja dia, tolak kapal terbang. Hebatnya!" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih tontonan sebanyak 800.2K, 69K tanda suka serta 2.1K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nampak je macam senang, tapi bukan calang-calang orang boleh tolak kapal terbang tu :O

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: