Susah Berkomunikasi Ketika Melancong Di Jepun? Tak Jadi Masalah, Syarikat Ini Ada Sebabnya
Sangat-sangat membantu untuk pelancong dari negara lain.
Bagi mereka yang gemar melancong ke luar negara, pastinya akan menghadapi masalah komunikasi jika orang tempatan di sana tidak fasih berbahasa Inggeris bukan?
Sebagai contoh di negara Jepun. Bukan semua rakyatnya pandai berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Jadi, mungkin agak sukar bagi kita untuk bertanya arah jalan atau apa-apa kepada mereka.
Namun, sebuah syarikat di Jepun ini telah mendapat perhatian selepas membuat satu sistem terjemahan bagi pelancong asing.
Lihat video penuh itu di bawah:
Cipta sistem terjemahan 12 bahasa untuk mudahkan pelancong
Menerusi video yang dimuat naik oleh @bensensei_official, kelihatan syarikat di Stesen Seibu Shinjuku itu telah mencipta sebuah sistem terjemahan bagi memudahkan pelancong dari negara luar untuk berkomunikasi dengan pekerjanya.
Sebelum ini, syarikat tersebut pernah menggunakan aplikasi terjemahan. Kali ini, ia lagi convenient kerana paparan yang ditanya akan keluar di skrin lut sinar. Apa yang disebut oleh pekerja kaunter juga akan diterjemah mengikut bahasa pelanggan.
Sistem itu juga tersedia dalam 12 bahasa dan sangat memudahkan kerana pekerja dapat melihat wajah pelanggan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!