seismik

[VIDEO] ‘Flex’ Tayang iPhone Di Tempat Awam, Gelagat Lelaki Ini Undang Bualan Warganet

Apa motif dia ya.

Cover image via @addnan_era (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti menginginkan sesuatu barangan sehingga sanggup menyimpan duit bertahun lama untuk memilikinya

Ada orang suka melancong ke luar negara, ada juga yang gemar membeli barangan mewah sebagai reward kepada diri sendiri.

Namun, itu bukan sebab kita untuk menunjuk kepada orang ramai atau di tempat awam kerana ia mungkin membuatkan sesetengah orang annoyed melihatnya.

Sebuah video tular baru-baru ini memaparkan tindakan seorang lelaki menayang iPhone di tempat awam telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah:

Banyak kali keluarkan telefon daripada poket seluar

Menerusi perkongsian video daripada @addnan_era, kelihatan lelaki itu sedang beratur di sebuah tempat awam. Kelihatan situasi itu berlaku di sebuah terminal bas.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia tiba-tiba mengeluarkan telefon bimbitnya berjenama iPhone beberapa kali daripada poket seluar dan membiarkannya begitu saja.

Tindakannya itu membuatkan si perakam terpanggil untuk merekod lelaki tersebut yang sempat melihat sekelilingnya semasa sedang mengeluarkan iPhone itu.

"Entah-entah dia rakam abang jugak. Sesekali dia nak bahagiakan diri, mungkin kali ni baru dapat. Who knows" - Warganet

Ikutan tularnya video tersebut, kini ia mencecah 1.4M tontonan, 65.6K tanda suka serta 33K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi mengenai tindakannya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mungkin dia dah lama teringin nak buat macam tu. Kasi chance lah :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: