"Bonding Kuat" - Satu Family Teman Pergi Ambil Kereta Baru, Keluarga India Ini Raih Pujian
Seronoknya bila kejayaan kita diraikan macam ni.
Alangkah seronoknya jika hasil titik peluh dan usaha kita selama ini akhirnya membuahkan hasil bukan?
Apatah lagi jika keluarga tersayang turut sama meraikan kejayaan yang kita perolehi itu. Hilang terus penat lelah selama ini.
Baru-baru ini, tular sebuah rakaman pendek berdurasi 12 saat memaparkan seorang gadis India ditemani oleh seluruh ahli keluarganya semasa mengambil kereta baru telah meraih perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Keluarga sporting datang support masa ambil kereta siap rakam
Menerusi perkongsian video daripada @protonpenang, kelihatan gadis itu sedang berada di salah sebuah cawangan syarikat Proton untuk mengambil kereta pertamanya.
Apa yang berjaya mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia bukan saja datang seorang diri, malah ditemani oleh 12 orang ahli keluarganya yang lain memberikan semangat buatnya kerana berjaya memiliki kenderaan sendiri.
Mereka semua dilihat turut menumpang gembira dan bangga dengan pencapaian gadis itu. Malah, mereka siap merakam video ketika dia sedang menandatangani surat sebagai kenangan.
"Satu kebanggaan hasil titik peluh dia so tak salah untuk meraikan dengan keluarga. India ni memang family bonding dia kuat tak kira situasi apa pun" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 654.1K views, 27.1K likes dan 1.6K shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut kagum dengan semangat kekeluargaan yang ditunjukkan oleh keluarga gadis itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!