Lebih 100 Produk Dalam Masa 1 Tahun, Wardah Beauty Guna Konsep 'Mesra Wuduk' Buat Pengguna
Ikuti perjalanan kami ke kilang Wardah Beauty di Jakarta, Indonesia!
Semakin hari kian mendapat tempat di hati peminat Malaysia, produk kosmetik dan kecantikan Wardah Beauty kini sudah tidak asing lagi bagi pencinta make up
Terkenal dengan lip matte, foundation dan pelbagai lagi alat solek serta skincare, produk yang berasal dari Indonesia ini sentiasa memberikan yang terbaik untuk pelanggannya.
Jika ada yang masih belum tahu asal-usul dan bagaimana wujudnya Wardah Beauty, inilah masanya untuk anda ketahui dengan lebih lanjut.
Kami berpeluang untuk berkunjung dan berjumpa sendiri dengan team Wardah di Jakarta, Indonesia sempena trip media #GetToKnowWardah baru-baru ini untuk lawatan ke kilang mereka yang terletak di Paragon Technology & Innovation.
Produk kosmetik halal nombor satu di Indonesia, mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) terbesar di Asia Tenggara
Wardah Beauty merupakan antara produk terawal di ParagonCorp sejak ia ditubuhkan pada tahun 1985. Ia sekali gus menjadi perintis jenama kecantikan halal yang memberikan kebaikan untuk para pengguna dan alam sekitar.
Selain itu, Wardah Beauty adalah produk kosmetik pertama di Indonesia yang berjaya menarik minat pelanggannya seiring dengan 10 lagi produk lain seperti Kahf, Emina, Make Over, Crystallure, Wonderly, Instaperfect, Putri, Biodef, Tavi dan Labore.
Terdiri daripada tiga kategori iaitu make up, face care dan personal care, Wardah Beauty juga menekankan aspek halal dalam proses pembuatan kesemua produknya dan mesra wuduk. Jadi, pelanggan tidak perlu risau untuk menggunakan Wardah semasa solat.
Mula memasuki pasaran Malaysia sejak 2017, produk Wardah Beauty boleh didapati di Watsons & Guardian
Untuk pengetahuan anda juga, Wardah Beauty pernah meraih beberapa anugerah di Malaysia iaitu kategori Best in Health and Beauty pada tahun 2020 dan 2021. Manakala pernah memenangi kategori Most Wanted pada 2022. Hebat bukan?
Sementara itu, mari ikuti pengalaman kami semasa mengunjungi ke kilang Paragon Technology & Innovation dan melihat suasana proses pembuatan produk-produk kosmetik keluaran mereka, terutamanya Wardah Beauty.
Kami sempat menemu bual Senior Scientist di Paragon iaitu Anita Fajrin untuk mengenali Wardah Beauty dengan lebih mendalam. Lihat rakaman itu di sini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!