seismik

[TIPS] 5 Cara Putihkan Celah Paha Yang Anda Perlu Tahu, Mudah & Berkesan!

Lepas ni tak ada masalah paha hitam dah!

Cover image via Alodokter & Keluarga

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebanyakan wanita mementingkan penampilan diri, lebih-lebih lagi dari segi luaran

Namun, kecantikan dalaman seperti celah pelipat, ketiak dan celah paha juga perlu dijaga dengan baik. Bahagian-bahagian tersebut sangat mudah menjadi hitam jika tidak dijaga dengan betul.

Celah paha merupakan kawasan yang sensitif dan mudah menjadi gelap sekiranya tidak dikeringkan betul-betul terutamanya selepas mandi.

Dari situ, pembiakan bakteria terjadi menyebabkan kulit menjadi semakin gatal, kasar dan kemerah-merahan sehingga bertukar menjadi hitam.

Jadi, edisi kali ini kami akan kongsikan beberapa petua untuk memutihkan celah paha yang mudah dan berkesan. Jom lihat 5 tips di bawah:

Gambar sekadar hiasan.

Image via Pesona Pengantin

1. Tawas

Image via Alodokter

Tawas merupakan sejenis garam galian yang berada dalam bentuk kristal. Teksturnya yang kasar boleh menghilangkan daki dan kesan hitam di celah paha. Campurkan tawas dalam air, kemudian anda hanya perlu menggunakan span dan gosok di celah paha.

2. Kunyit

Cara menggunakan kunyit untuk memutihkan celah paha adalah parut kunyit dan perahkan jusnya. Kemudian, sapukan pada celah paha dan biarkan ia kering. Selepas itu, bilasnya sehingga bersih. Anda boleh juga gunakan serbuk kunyit. Masukkan dua sudu serbuk dalam air dan sapu pada paha.

3. Limau nipis & kapur sirih

Image via Keluarga

Campurkan perahan limau nipis dengan sedikit kapur hingga menjadi pes. Selepas itu, sapu pada celah paha dan gosok perlahan-lahan selama 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan tiga kali seminggu sampai kesan hitam di celah paha anda hilang.

4. Ubat gigi

Image via mStar

Ubat gigi juga rupa-rupanya mempunyai banyak fungsi dan bukan boleh memutihkan gigi saja. Picit sedikit ubat gigi pada jari dan sapu pada celah paha. Biarkan selama 10 minit dan bilas. Tetapi jika terasa sakit ataupun kulit bertukar merah kerana sensitif dengan bahan dalam ubat gigi, anda digalakkan untuk tukar guna bahan lain.

5. Lemon & timun

Image via Wow Keren

Jika kulit anda jenis yang sensitif, limau nipis boleh memberikan kesan pedih. Anda boleh gantikan dengan lemon ataupun timun. Lalukan kulit lemon serta timun pada celah paha selama 20 minit dan bilas sehingga bersih. Bukan sahaja memutihkan kulit, malah ia mengatasi lebihan minyak pada paha.

Mudah bukan semua tips di atas? Kalau anda sedang usaha untuk putihkan celah paha, bolehlah cuba salah satu petua ini! :)

You may be interested in: