seismik

Hilang Keyakinan Diri Sebab Selulit? Guna Je 5 Cara Ini, Mesti Boleh Hilang

Mungkin ambil masa lama sikit tapi tak salah untuk usaha.

Cover image via Hello Doktor

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Masalah selulit sering terjadi kepada ramai orang terutamanya dalam kalangan para wanita

Toksin yang berkumpul di lapisan kulit akan menyebabkan kemusnahan struktur kollagen dan elastin serta mengganggu peredaran darah lalu menyebabkan berlakunya selulit.

Siapa saja yang tidak rasa terganggu dengan kehadiran selulit ini bukan? Pasti kita akan melakukan pelbagai cara untuk menghilangkannya.

Kami akan kongsikan beberapa cara di bawah untuk mengurangkan selulit anda. Jom lihat 5 tips di bawah:

1. Urutan

Image via Kevin Zahri

Menurut pakar, urutan pada bahagian selulit adalah untuk meningkatkan pengedaran darah dan mengurangkan pengekalan cecair dalam badan. Ia mungkin dapat memberi kesan untuk keadaan pinggul dan punggung yang lebih baik.

2. Minum banyak air

Image via Harian Metro

Antara cara yang paling mudah untuk menghilangkan selulit di perut atau punggung anda adalah dengan meminum lebih banyak air. Ia bukan saja akan membantu mengekalkan hidrasi pada badan, tetapi air juga membantu menyingkirkan toksin yang cenderung menyebabkan pengumpulan lemak.

3. Skrub kopi

Image via Bangka & Sonora

Lulur atau skrub kopi juga bermanfaat untuk mengurangkan selulit di badan. Urutan dan pengelupasan memberikan manfaat pada kulit dengan merangsang aliran darah. Selain itu, kafein di dalam kopi juga mempunyai kesan pengetat.

4. Mandi detox

Image via Depositphotos

Teori menyatakan bahawa mandian detox boleh membantu anda rasa lebih santai dan baik untuk kulit dengan cara yang lain. Jadi, anda patut cuba cara ini. Mana tahu ia berkesan untuk anda kan?

5. Menyedut lemak

Image via Tabloid Nova

Menyedut lemak atau lebih dikenali sebagai liposuction merupakan antara rawatan untuk masalah selulit, di mana lemak akan diserap keluar dari badan. Walau bagaimanapun, proses ini mungkin boleh membantu membentuk badan tetapi ia tidak membuang selulit dan mungkin menyebabkan masalah ini semakin teruk. Jadi ia mungkin bukan rawatan yang sesuai. Terpulang kepada penerimaan badan masing-masing juga.

Terdapat pelbagai cara lagi untuk menghilangkan selulit, tetapi lima tips di atas merupakan antara yang popular diamalkan. Semoga bermanfaat!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: