Lelaki Ini Kongsi Cara Nak Kurangkan Batuk Guna Air Sarsi, Ramai Juga Yang Kata Berkesan
Boleh cuba kalau batuk masih melarat.
Jika kita diserang demam, batuk lah yang paling sukar untuk sembuh dan akan melarat kadangkala hingga sebulan atau lebih lama
Tidak dinafikan, batuk memang mengganggu aktiviti seharian lebih-lebih lagi kalau kita bekerja di pejabat. Bukan saja kita rasa rimas, malah orang sekeliling juga akan rasa tidak selesa.
Baru-baru ini, seorang lelaki berkongsi cara untuk mengurangkan batuk dengan menggunakan air botol sarsi telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Rebus air sarsi dalam periuk untuk hilangkan gas, lepas itu minum panas-panas
Menerusi video yang dikongsi oleh @mynameisfaizz, kelihatan lelaki itu menunjukkan cara-cara membuat air sarsi panas yang dikatakan mampu menghilangkan batuk.
Menurutnya, air sarsi mengandungi akar sarsaparila yang ada khasiatnya tersendiri. Mula-mula, masukkan air sarsi botol ke dalam periuk.
Kemudian, rebus sehingga air menggelegak tanda gas sudah hilang. Selepas itu, air tersebut boleh dituang ke dalam cawan dan diminum suam-suam.
"Baru buat malam tadi. Alhamdulillah kurang sikit batuknya. Kalau tak memang tak boleh nak tidur" - Warganet
Ikutan tularnya video itu yang kini telah meraih 607.5K views, 21.6K likes dan 10K shares di laman TikTok, rata-rata warganet turut memberikan reaksi masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!