Lelaki Ini Cuba Makan Sayur Bentuk Rambut, Tak Sangka Rasanya Buat Ramai Terkejut
Tengok pun dah geli, tak lalu nak makan.
Zaman sekarang, media sosial merupakan platform pengguna untuk memuat naik pelbagai jenis konten
Ada yang membuat konten seperti menyanyi, memasak, mencuba makanan pelik dan sebagainya. Tujuan utama membuat konten bukanlah hanya untuk meraih followers dan views semata-mata.
Ramai yang menjadikan media sosial mereka sebagai diari kehidupan seharian dan tempat untuk menyimpan kenangan.
Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini apabila seorang lelaki mencuba makan sayur berbentuk rambut telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Pelik tengok sayur bentuk rambut, naik mual bila masuk dalam mulut
Menerusi video yang dimuat naik oleh @gilangsamiadji, kelihatan lelaki itu menunjukkan sejenis sayur dalam bungkusan plastik yang baru saja dibelinya.
Apa yang membuatkannya terkejut adalah apabila sayur itu berbentuk persis seperti gumpalan rambut manusia. Namun, disebabkan dia mahu membuat review jujur, dia cuba juga untuk menelannya.
Namun, tidak sampai beberapa saat sayur itu dimasukkan ke dalam mulut, dia mengeluarkannya semula kerana tekstur sayur tersebut yang menggelikan dan rasa macam sedang makan rambut betul-betul.
Menurut lelaki berkenaan, rasa sayur itu tawar. Tetapi, teksturnya yang membuatkan dia berasa mual dan tidak dapat meneruskan review itu.
"Aku rasa dia silap packing la bang, aku ingatkan tu bulu ketiak" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah sehingga 5.7M views, 511.7K likes dan 59.2K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenai reaksi lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!