seismik

Jual Air Balang Guna Jenama Evian, Peniaga Ini Jadi Bualan Ramai Di TikTok

Tak kisah lah dia nak guna air apa pun, modal dia sendiri yang keluarkan.

Cover image via @diyanaburhan (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap peniaga menggunakan pelbagai strategi dan cara untuk melariskan perniagaan mereka

Dengan adanya platform media sosial yang mudah untuk mendapat perhatian daripada orang ramai, ia memudahkan lagi para peniaga untuk mempromosikan makanan atau minuman yang dijual.

Namun, baru-baru ini tular mengenai seorang peniaga air balang menggunakan air jenama Evian untuk membancuh minuman di kedainya telah menjadi bualan ramai.

Lihat video itu di bawah:

@diyanaburhan

Replying to @Xavier Meniaga minuman & makanan kena jujur.tak boleh menipu

original sound - diyanaburhan - diyanaburhan

Guna air jenama Evian sempena pembukaan kedai

Menerusi perkongsian video daripada @diyanaburhan, kelihatan lelaki yang meniaga air jagung di dalam balang itu menunjukkan beberapa botol berjenama Evian.

Apa yang mencuri tumpuan adalah dia menggunakan air Evian itu untuk membancuh air balang jualannya.

Difahamkan, penggunaan air Evian itu adalah bersempena pengenalan jualan air balang di kedai makannya yang terletak di Medan Selera Ikan Bakar, Saujana Utama Sungai Buloh.

"Seriouslah guna Evian? Kalau dah campur jadi air mineral biasa je" - Netizen

Susulan tularnya video itu, kini ia telah meraih 998.1K views, 22.2K likes dan 722 shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai cara jualan lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ada saja yang tak kena di mata, lain orang lain caranya guys :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: