seismik

"Ambil Tepi Jalan Je" - Wanita Ini Tunjuk Cara Guna Akar Pokok Resam Dijadikan Pen Khat

Wah, kreatif!

Cover image via @iqazkria (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Khat adalah tulisan tangan yang cantik dan ia dihasilkan dengan menggunakan berus atau pen khas

Selalunya, kita akan belajar tulis khat ini semasa berada di sekolah agama dahulu. Namun, ia bukanlah mudah dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkam tulisan cantik serta kemas.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang gadis menunjukkan cara membuat pen khat dengan menggunakan batang pokok resam yang hanya diambil di tepi jalan saja.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ramai yang confuse ingatkan nak kongsi resipi masakan, rupa-rupanya nak ajar buat pen khat

Menerusi video yang dimuat naik oleh @iqazkria, kelihatan gadis itu berhenti di tepi sebuah jalan untuk mengambil beberapa batang pokok resam.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila gadis itu hanya menggunakan akar pokok resam yang seakan-akan pokok paku pakis itu sebagai pen khat.

Dia menunjukkan cara-cara menghasilkan pen khat itu mengikut turutan yang mudah untuk difahami.

Lihat video sambungan di bawah:

"Mak baru je cerita dia guna ni kecik-kecik dulu juga. Sama macam arwah bapak saya ajar" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 3M tontonan, 187.7K tanda suka serta 2.7K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi mengenai pembuatan pen khat itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Admin suka kreativiti dia, menarik ni boleh cuba buat nanti!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: