Anak Dah Pandai Sebut Allahuakbar, Maryam Duriankimchi Teruja Sampai Tergolek Atas Lantai
Comel dan bijak!
Setiap ibu bapa pasti mempunyai cara yang tersendiri dalam mendidik anak-anak
Sebagai umat Islam, sudah tentu ibu bapa perlu menerapkan ilmu agama kepada anak supaya mereka membesar menjadi seorang yang soleh atau solehah.
Siapa saja yang tidak seronok apabila ilmu-ilmu yang diajar akhirnya membuahkan hasil dan anak kita menunjukkan sendiri di depan kita bukan?
Seperti video yang tular baru-baru ini apabila Maryam dan Ryzal Duriankimchi melihat anak mereka menyebut perkataan 'Allahuakbar' buat pertama kali.
Lihat video itu di bawah:
Siap pakai songkok, Maryam terkejut anak tiba-tiba sebut Allahuakbar sambil mengangkat tangan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @uyounik, kelihatan Maryam baru saja selesai menunaikan solat di biliknya.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila anaknya yang bernama Rina tiba-tiba menyebut perkataan 'Allahuakbar' berulang kali. Malah, dia siap mengangkat tangan seperti sedang takbiratul ihram.
Gelagat spontannya itu ternyata membuatkan Maryam dan Ryzal terkejut dan teruja. Apabila disuruh melakukannya sekali lagi, Rina menurut saja arahan ibunya. Maryam yang terlalu seronok terus menjerit dan terbaring di atas lantai kerana tidak sangka melihat perbuatan anaknya.
"Tu tanda mak ayah solat di rumah. Maryam macam aku, hahaha kalau anak tiba-tiba pandai something tu, mak dia yang over excited" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.2M views, 289.8K likes dan 2.3K comments di laman TikTok.
Manakala, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut merasa teruja apabila melihat reaksi Maryam.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!