seismik

“Jimat Duit” - Restoran Ini Tawar Lunch Buffet Serendah RM10 Seorang Sempena Bulan Merdeka

Puas hati RM10 dapat makan unlimited!

Cover image via @naancorner1983 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak lama lagi, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-66 tahun

Antara perkara yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh semua orang adalah tentunya promosi Merdeka daripada kedai kegemaran mereka.

Apatah lagi jika terdapat tawaran buffet serendah RM10. Seperti sebuah video tular ini apabila sebuah restoran membuat promosi buffet lunch telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Hanya perlu bayar RM10 dan makan tanpa had, promosi setiap hari Isnin hingga Jumaat saja

Menerusi video yang dimuat naik oleh @naancorner1983, kelihatan pemilik kedai Naan Corner membuat promosi untuk makan tengah hari secara buffet serendah RM10 setiap orang.

Promosi tersebut dibuat sempena bulan kemerdekaan tahun ini. "Barang semua mahal kan, tak payah masak. Datang di Naan Corner hari Isnin sampai Jumaat RM10. Buffet lunch untuk bulan Merdeka sahaja. Sabtu Ahad back to normal RM15," katanya.

Haa, bagi yang suka food hunting tu jangan lepas kan peluang ini. Pergi serbu sementara promosi masih ada! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: