Wanita Kongsi Jumpa Minuman Unik '3 In 1' Di KLIA Terminal 2 Ini Curi Tumpuan Warganet
Fuh, nampak macam sedap ya.
Pantang dengar makanan atau minuman viral, pasti laju saja orang Malaysia akan serbu sesebuah kedai itu
Iyalah, rugi kalau tak cuba benda-benda viral ini. Sekurang-kurangnya, kita dah tahu macam mana rasa minuman atau makanan yang digembar-gemburkan itu. Sedap atau tidak bukan?
Baru-baru ini, tular pula sebuah posting di laman Facebook memaparkan seorang wanita berkongsi minuman kopi 3 in 1 di KLIA Terminal 2 telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat posting tersebut di bawah:
Jumpa air unik, boleh pesan tiga jenis minuman sekali gus
Menerusi posting yang dimuat naik oleh Zurianty Sudin, kelihatan wanita itu terjumpa sebuah kedai kopi yang menjual tiga jenis minuman berbeza di dalam satu cawan yang menurutnya sangat unik.
Baru jumpa kedai kopi best kat KLIA2 ni. Nama dia Luck Bros. Paling best benda ni. 3 in 1 cup. Boleh pilih 3 jenis kopi atau 3 jenis air (teh, cham,kopi).
"So untuk yang nak try minum tiga jenis atau anak ramai macam I tak mahu bazir order sorang satu air, cup ni sangat sesuai. Brilliant sungguh pencipta 3 in 1 cup ni.
"Harga dia RM15 tak silap. Rasa kopi dia pun sedap. Akan jadi tempat favourite melepak sementara tunggu nak boarding lah lepas ni," katanya.
Ternyata, sekeping gambar itu berjaya mencuri tumpuan warganet di Facebook dan dengar cerita, ramai yang sudah tercaun untuk membeli kopi viral itu.
"Kalau post ni ramai orang share, mesti tak lama lagi viral jual kopi bekas macam ni pulak" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 1.9K likes, 800 comments dan 2.5K shares di Facebook.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut teruja dan ingin mencuba kopi 3 in 1 itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!