[VIDEO] Gelagat Tour Guide Sabah Bagi Penerangan Dalam Bahasa Korea Ini Curi Tumpuan Ramai
Mesti abang ni selalu layan K-drama.
Dalam dunia ini, alangkah bagusnya jika kita dapat belajar bertutur pelbagai bahasa asing bukan?
Selain daripada senang untuk berkomunikasi jika ke sesebuah negara itu, kita juga dapat mengasah lagi kemahiran bercakap bahasa luar negara.
Seperti sebuah video yang tular di laman TikTok baru-baru ini memaparkan seorang tour guide dari Sabah memberikan penerangan dalam bahasa Korea kepada pelancong telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video peuh itu di bawah:
Konfiden bagi penerangan dalam bahasa Korea sebelum buat aktiviti air
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pakej_bajet_kundasang, kelihatan tour guide lelaki itu sedang membawa beberapa orang pelancong tempatan dan juga luar negara untuk melakukan aktiviti di laut.
Apa yang mencuri perhatian adalah pada hujung video tersebut, lelaki itu turut memberikan penerangan kepada pelancong dari Korea dalam bahasa mereka.
Meskipun ia kedengaran sedikit kurang lancar, dia tetap mencuba untuk bertutur dengan sebaik mungkin supaya pelancong Korea itu faham apa yang ingin disampaikan.
"Biar tak perfect, tapi orang Korea faham. Mix jawa sikit tapi seronok dengar" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 5.8M views, 421.9K likes dan 33.9K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut kagum dan memberikan reaksi masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Bukan senang nak belajar bahasa Korea dan cakap dengan orang sana. Respect abang ni sebab sanggup belajar! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!