seismik

Mydin Buat Promosi 'Turun Harga' KinderJoy Ini Buat Ramai Teruja

Murah gila! Kena borong ni.

Cover image via Penang Travel Tips & Ahmad Fahmi (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasar raya kegemaran ramai iaitu Mydin sentiasa mengutamakan kesenangan para pengguna mereka supaya tidak merasa terbeban ketika membeli-belah

Image via Hello Kerja

Jika dibandingkan dengan pasar raya terkemuka lain, harga barangan rumah dan dapur di Mydin jauh lebih murah dan sangat berbaloi jika dibeli secara borong.

Jadi, tidak hairanlah mengapa Mydin sentiasa mendapat tempat istimewa di hati pelanggan mereka di seluruh negara.

Terbaru, seorang pengguna di laman Facebook berkongsi sekeping gambar promosi 'gila-gila' di Mydin telah mencuri tumpuan ramai

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Ahmad Fahmi, lelaki itu memuat naik gambar coklat KinderJoy yang dijual dengan harga RM1.99 saja di sebuah cawangan Mydin.

Seperti mana yang kita tahu, KinderJoy adalah salah satu coklat yang agak mahal untuk kanak-kanak kerana inti coklatnya yang premium.

"Minyak turun harga, ummah boleh terima. Tapi si telur jahat ini turun harga, ini sangat sesuatu. Jangan harap kami kaum bapa bapa akan bawa anak anak ke Mydin dalam minggu ini!," katanya.

Rasanya para ibu bapa dah boleh start borong KinderJoy ini banyak-banyak buat stok di rumah. Tengah murah, rugi tak beli! Mesti anak-anak seronok :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: