seismik

Lima Beranak Dakwa Nabi Muhammad Adalah Allah SWT, Netizen Gesa Polis Cekup Ketua Si Hulk

Berani betul ya ikut ajaran sesat.

Cover image via Kosmo! & Berita Harian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rakaman lima beranak dengan beraninya mengaku mereka mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Allah SWT menjadi tular di Facebook baru-baru ini

Menurut sumber, difahamkan mereka merupakan pengikut tegar ajaran sesat Si Hulk. Video tersebut telah dimuat naik oleh salah seorang daripada mereka, iaitu melalui akaun Facebook Nurul Sakinah Noor Hashim.

Pengasas kumpulan sesat tersebut yang dikenali sebagai Suhaini atau turut dipanggil Suhai Ibni Mohammad dan Si Hulk didapati membawa pelbagai fahaman dan ajaran yang bertentangan dengan Islam, antaranya mendakwa Nabi Muhammad SAW adalah Tuhan.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menerusi satu kenyataan memutuskan fahaman serta ajaran yang diasaskan Suhaini Mohammad adalah sesat, menyeleweng dan bertentangan dengan akidah, syariah serta akhlak Islam.

Image via Kosmo!

Orang ramai gesa polis kesan dan tangkap kumpulan pengikut ajaran sesat itu

Terkini, ketuanya itu didakwa sudah melarikan diri ke New Zealand pada Jun lalu dan masih tidak dapat dikesan di mana keberadaan sebenarnya.

Dalam pada itu, pengguna Facebook, Noor Deros dalam postingnya meminta pihak berkuasa agar segera menangkap ketuanya dan memberi hukuman setimpal kerana telah merosakkan pemikiran umat Islam.

"Guru mereka serta orang-orang kanan mesti dikenakan tindakan undang-undang secepat mungkin dan syarikat serta kumpulan mereka ini mesti dibubarkan. Ajaran ini sudah dua tahun lebih bergerak aktif, mungkin lebih," katanya.

Image via Berita Harian

Untuk pengetahuan umum, Suhaini Mohammad dan aktivis kumpulan ini menyebarkan ajaran sesat mereka melalui produk air Si Hulk yang dilatari dengan propaganda membesar-besarkan pencipta produk dan teori-teori konspirasi 'dooms day'.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: