seismik

Akhirnya Bersua Muka Dengan Adik Miza, Shuib Teruja Lihat Wajah Persis Arwah Siti Sarah

MashaAllah, sama betul muka dengan arwah.

Cover image via @suciuwais (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kehilangan Allahyarham Siti Sarah masih terasa sehingga kini, bukan saja buat ahli keluarga malah seluruh rakyat Malaysia masih merindukan insan istimewa itu

Apatah lagi Shuib, yang sudah melayari bahtera perkahwinan bersama arwah selama lebih 10 tahun. Pasti tidak tertanggung rindu di hati.

Namun, siapa sangka di sebalik kehilangan sebuah permata, timbul pula pelangi selepas hujan. Baru-baru ini, seorang budak perempuan bernama adik Miza mendapat perhatian daripada semua pihak selepas mukanya tular dilihat persis seperti arwah Siti Sarah.

Ibu mentua Shuib yang dikenali sebagai Makder telah menemukan mereka sekeluarga dengan adik Miza yang menetap di Kedah supaya dapat menghilangkan sedikit sebanyak rasa rindu.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pertemuan yang tak disangka dan bermakna, Shuib tak lekang dari senyuman bila lihat adik Miza

Menerusi video yang dimuat naik oleh Makder atau nama TikToknya @suciuwais, kelihatan Shuib dan keluarganya termasuk Watie sedang berada di sebuah restoran untuk makan bersama.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila Makder membawa adik Miza untuk datang bertemu dengan mereka sekeluarga.

Sebaik saja adik Miza masuk ke dalam restoran tersebut, semua mata seolah-olah terpaku memandang ke arahnya, terutamanya Shuib. Dia tersenyum dan tidak sangka wajah adik Miza sangat mirip dengan arwah isterinya.

Mereka dilihat makan bersama dan sempat berborak serta bergambar dengan adik Miza sebelum masing-masing pulang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.3M tontonan, 222.3K tanda suka serta 11.2K perkongsian di laman TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kenapa mata masuk habuk ni. Sebak pula tengok reaksi Shuib tu :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: