seismik

[VIDEO] Sedih Terpaksa Bakar Bantal Busuk, Ramai Dapat Relate Dengan Budak Lelaki Ini

Alahai, sedih pula tengok dia menangis.

Cover image via @izwanzahrie (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mempunyai barang kesayangan mereka sejak kecil, betul tak?

Contoh yang paling dekat adalah bantal busuk. Ramai yang menyimpan bantal busuk sehingga mereka besar.

Malah, ada yang sampai sanggup mengusung bantal peluk itu ke mana saja mereka pergi walaupun sudah berkahwin.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman memaparkan reaksi seorang budak lelaki menangis apabila terpaksa membakar bantal peluknya telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@izwanzahrie

Inilah anak anak sedara dedi..ingat dedi sayang korang, kita tak ramai pun tapi koranglah bakal pengganti dedi #anakanaksedara #myvideo #bantalbusuk #memoriesareforever

original sound - Mir Izwan Azhari - Mir Izwan Azhari

Tak dapat tahan sebak lihat bantal busuk kena bakar

Menerusi video yang dikongsi oleh @izwanzahrie, kelihatan budak lelaki itu berada di sebuah kawasan lapang bersama ibu dan ayahnya.

Dia dilihat terpaksa melepaskan harta kesayangannya sejak kecil iaitu bantal busuk. Dalam rakaman itu, dapat dilihat ayahnya membakar bantal busuk tersebut di depannya.

Apa yang meraih tumpuan adalah apabila dia yang pada mulanya dilihat tenang tiba-tiba sebak dan mengalirkan air matanya. Iyalah, siapa tak sayang bantal busuk yang dijaga sejak kecil bukan?

"Dia kuat tapi dia koyak juga akhirnya. Sedihnya" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 345K views, 15K likes dan 4.2K shares di laman TikTok, rata-rata warganet dapat relate dengan reaksi sebak budak lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Melepaskan sesuatu yang kita sayang tu memang sakit dik, tak apa nanti beli bantal busuk baru ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: