5 Tahun Tak Basuh, Wanita Ini Cuci Bantal Busuk Suami & Ini Hasilnya Selepas 24 Jam. Wow!
Keruh betul air dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Masa zaman kecil dulu, pasti ramai di antara kita yang memiliki bantal busuk betul tak?
Kebiasaannya, tabiat itu hanya kekal sehingga umur lima hingga enam tahun saja. Paling tidak pun, mungkin sehingga zaman sekolah rendah.
Namun, lain pula dengan sebuah video viral ini yang memaparkan seorang wanita bertindak untuk mencuci bantal busuk kesayangan suaminya yang sudah lima tahun tidak dibasuh mencuri perhatian ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Rendam 'harta kesayangan' suami lepas lima tahun tak dicuci, terkejut tengok warna air
Menerusi perkongsian video daripada @pwincesslexx, kelihatan dia berkongsi rakamannya mencuci bantal busuk kepunyaan suaminya yang sudah lima tahun tidak dibasuh.
Dengan menggunakan pelbagai jenis sabun, pewangi dan peluntur, bantal busuk suaminya itu direndam di dalam bath tub selama 24 jam untuk membuang segala kotoran.
Apa yang membuatkan ramai geli adalah apabila air di dalam bath tub tersebut bertukar menjadi sangat keruh selepas bantal busuk itu direndam selama beberapa jam.
Selepas 24 jam, akhirnya projek pembersihan itu berjaya menunjukkan perubahan ketara dan warna bantal tersebut nampak lebih putih.
"I thought they were leather couch cushions, why wouldn't you just go get new pillow?" - Warganet
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mencecah 42.4M views, 4.8M likes dan 57.2K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terkejut melihat keadaan bantal busuk suaminya itu.
Malah, ramai yang menyuruhnya membeli bantal baru saja. Namun, ada juga yang berpendapat itu merupakan harta kesayangan dan hanya mereka yang ada bantal busuk saja faham betapa pentingnya harta itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Siapa masih ada bantal busuk sampai sekarang? Macam manalah agaknya rupa bantal korang kan? Cuba kongsi di ruangan komen :P