"Terpaksa Buang" - 10 Tahun Jadi Peneman Tidur, Wanita Redha Lepaskan Patung Kesayangan
Alahai sedihnya.
Rata-rata orang pasti pernah memiliki bantal busuk atau patung kesayangan sejak kecil bukan?
Bantal busuk merupakan peneman tidur sesetengah orang. Kadangkala, ada yang tidak boleh melelapkan mata kalau tak ada 'bau' bantal busuk itu.
Namun, semakin kita membesar dan jika sudah berkahwin, sudah tentu kita perlu membuang atau meninggalkan bantal busuk tersebut kerana ingin menghormati pasangan masing-masing.
Sama seperti apa yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia terpaksa membuang teddy bear kesayangannya yang sudah disimpan selama 10 tahun telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Teddy bear dah berhabuk dan lama sangat pakai, terpaksa let go
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ain_haniey, kelihatan wanita itu sedang mengusung teddy bear berwarna pink keluar dari rumahnya.
Apa yang menjadi perhatian adalah apabila itu merupakan bantal busuknya selama 10 tahun lalu tetapi terpaksa dibuang kerana sudah berhabuk dan tidak berjaga.
"Bye bantal busuk 10 tahun, sebab dah ada beribu kuman dah kat situ. Rasa geli dan kesian nak bagi kat orang even dah basuh pun. Nak bagi kat anak sendiri pun tak sanggup. And I'm grown up lady, dah sampai masa," katanya.
"Kalau husband I suruh buang bantal busuk I nanti, I buang dia. Perasaan macam tinggalkan jiwa sekali kat situ" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 416.7K views, 22.9K likes dan 1.3K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut berkongsi pengalaman yang sama. Malah, ramai juga yang sedih melihat muka anak patung itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!