[VIDEO] Ramai Persoal Status Halal, TikToker Promote Gerai Cendol Di Penang Jadi Bualan
"Banyak-banyak cendol dekat Penang, sini juga dia nak makan" - Netizen.
Bila sebut tentang makanan viral, sudah tentu mereka yang kaki makan ingin menyerbu tempat-tempat popular dalam negara bukan?
Kalau boleh, kita nak jadi yang terawal untuk mencuba sesuatu makanan itu. Namun, kita juga perlu menitikberatkan status halal tersebut.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video mengenai seorang TikToker mempromosikan gerai cendol di Pulau Pinang telah menjadi bualan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Makan cendol paling sedap di Penang, tapi ramai pula yang risau halal ke tak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @eijamusvlog, kelihatan mereka sedang berada di sebuah gerai cendol yang dikatakan popular di Pulau Pinang.
Nama gerai itu adalah Teochew Cendol. Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila ramai yang mempersoalkan status halal gerai itu.
Tidak dinafikan, cendol yang mereka makan memang nampak sedap. Tetapi keadaan gerai itu kelihatan kurang bersih.
"40 tahun dok Penang, tak pernah aku mai makan cendoi tok pek ni. Kami orang Penang tak pi makan cendol ni kak" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 4.7M views, 164.6K likes dan 4.4K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya dan berkongsi lokasi gerai cendol lain yang lebih sedap.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!