seismik

Sakan Berjoget Bila Pasukan Menang, Aksi Cikgu Sporting Bagi Sokongan Ini Cuit Hati Ramai

"Kenapalah time saya tak ada cikgu macam ni" - Warganet.

Cover image via @rom_jonet (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman persekolahan merupakan waktu yang paling dirindui ramai kerana banyak kenangan yang mendewasakan kita

Salah satunya adalah dengan kehadiran cikgu yang pernah rapat dengan kita. Mereka sudah menjadi seperti ibu bapa kita di sekolah.

Setiap cikgu yang menjadi kegemaran anak murid pastinya mempunyai personaliti menarik seperti sporting, kelakar dan sebagainya.

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang cikgu lelaki dilihat menari sakan semasa memberikan sokongan kepada anak muridnya yang bertanding dalam acara sukan telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sakan berjoget bila pasukan yang disokong menang

Menerusi perkongsian video daripada @rom_jonet, kelihatan cikgu lelaki itu sedang berada di sebuah gelanggang bola tampar sambil memberikan sokongan padu buat pasukannya.

Apa yang mencuit hati ramai adalah gelagatnya yang teruja memperoleh kemenangan sehingga berjoget dan bergelek tanpa menghiraukan pelajar di situ.

Gelagatnya itu membuatkan ramai terhibur dan berpendapat dia adalah cikgu kesayangan ramai anak muridnya di sekolah.

"Dapat cikgu macam ni memang hilang stress. Terbaik cikgu!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 2.9M tontonan, 277.4K tanda suka serta 42.1K perkongsian di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat cikgu itu. Malah, ramai yang melihat video itu berulang kali.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Cikgu ni kalau pencen nanti mesti ramai menangis kan? :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: