seismik

Satu Keluarga Termakan Cendawan Beracun Ambil Tepi Rumah, Wanita Kesal Masak Tanpa Periksa

Hati-hati semua, sebelum makan kena double check dulu.

Cover image via @mas.ita (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Insiden keracunan makanan sering terjadi dan ia boleh membahayakan kesihatan kita

Sebab itulah, kita perlu memastikan sesuatu makanan itu betul-betul bersih dan selamat untuk dimakan lebih-lebih lagi untuk anak.

Namun, insiden tak diingini kadang kala memang boleh berlaku tanpa kita sedar. Seperti seorang wanita ini apabila dia berkongsi cerita dia termasak cendawan yang diambil di luar rumahnya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@mas.ita

semoga memberi pengajaran buat kita semua,agar kita dapat kenal pasti cendawan yg boleh mkn & tidak boleh makan,sangat bahaya muntah sampai nk pengsan,lemah longlai,suami teruk sikit sbb makan banyak,anak disuap sedikit& sy mkn sikit#fyp #tiktokviral#cendawan#cendawangoreng #MYFoodie

Instrumen Sholawat Sedih - Yuda pratama

Suami ambil cendawan yang tumbuh di luar rumah, lepas dah masak baru dapat tahu ia beracun

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mas.ita, kelihatan wanita itu bercerita tentang kecuaiannya memasak menu cendawan beracun sehingga dia dan keluarganya dimasukkan ke hospital.

Menurut wanita itu, suaminya mengambil beberapa batang cendawan yang tumbuh di luar rumah mereka. Disebabkan sudah lama tidak makan cendawan, wanita itu pun bertindak untuk memasaknya seperti biasa.

Tetapi, malang tidak berbau apabila sebaik saja mereka menjamah lauk cendawan itu, mereka mengalami muntah teruk dan terpaksa dikejarkan ke hospital akibat keracunan makanan. Rupa-rupanya, cendawan yang dimasak itu bukanlah cendawan busut tetapi ia memang beracun.

"Aku masak cendawan beli dekat pasar raya je, yang tumbuh keliling rumah ni tak berani" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 68.7K tanda suka serta 24.4K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pandangan masing-masing. Ramai juga berkongsi cara untuk mengenal pasti jika cendawan itu beracun atau tidak.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada warganet di TikTok:

Bahaya nya kalau termakan makanan beracun ni. Jadikan pengajaran ya guys :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: