seismik

Viral Di TikTok Ramai Review Makan 'Donut Peach', Ini 5 Khasiatnya Yang Anda Perlu Tahu

Macam sedap je, siapa pernah try?

Cover image via NEUROVERSITI

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kebelakangan ini, buah 'donut peach' semakin tular terutamanya di laman TikTok selepas ramai influencer membuat review mencubanya

Ia merupakan buah dari kumpulan peach yang mempunyai bentuk seakan-akan kuih donut. Buah ini mula menjadi bualan dalam kalangan warganet khususnya di TikTok kerana bentuk dan sifatnya yang agak unik.

Selain daripada mempunyai bentuk yang leper dan lebih gemuk dari buah peach yang lain, kulitnya berwarna merah kekuningan dan mempunyai tekstur baldu. Bahagian dalam buahnya pula berwarna putih.

Tahukah anda, sebenarnya buah donut peach mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk ibu hamil. Jom kami kongsikan lima khasiatnya di bawah:

1. Mengandungi asid folik

Buat para ibu mengandung, anda kena makan buah ini! Sebab apa? Ia mengandungi asid folik dengan kandungan sebanyak 4 mikrogram bagi setiap satu biji. Ia amat penting bagi pembentukan tulang belakang dan juga perkembangan otak bayi. Jadi, ibu-ibu mengandung boleh mengambil buah ini sebagai makanan tambahan semasa tempoh kehamilan.

Image via Wikipedia

2. Vitamin A

Buah viral ini juga mengandungi khasiat seperti vitamin A. Vitamin A amat penting untuk penglihatan dan juga sistem imunisasi badan manusia. Sekiranya vitamin A tidak mencukupi dalam badan, anda boleh mengalami beberapa gejala antaranya seperti mata kering dan mudah untuk mengalami jangkitan.

Image via Neuroversiti

3. Potassium

Potassium atau pun dikenali sebagai kalium merupakan sejenis garam mineral yang diperlukan dalam badan kita. Donut peach juga merupakan sumber potassium yang amat baik. Sebiji donut ini dikatakan mempunyai 195mg potassium. Oleh kerana sifatnya yang kaya dengan potassium, ia boleh membantu mengawal tekanan darah serta menyihatkan jantung.

Image via Bon Appetit

4. Kaya dengan vitamin C

Selain buah oren, donut peach dikatakan kaya dengan vitamin C. Setiap biji buah ini dikatakan mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi iaitu sekitar 7mg. Ibu hamil digalakkan untuk mengambil buah ini kerana ia boleh membantu pembentukan bayi antaranya seperti sel tisu, otot, salur darah dan gigi.

Image via Adobe Stock

5. Serat fiber

Jika anda mempunyai masalah sembelit, buah ini dapat membantu untuk mengatasi masalah anda. Ia juga mengurangkan masalah kekejangan perut dan perut kembung. Buah ini juga mengandungi serat fiber yang baik untuk penghadaman serta membantu anda memiliki berat badan yang ideal.

Image via iStock

Haa, banyak rupanya khasiat donut peach ni kan? Walaupun agak mahal, tetapi dengan rasanya yang sedap memang boleh membuatkan anda terlupa akan harganya itu. Jom cuba sekarang!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: