seismik

"Natural Beauty" - Kecantikan Puteri Ameerah Anak Sultan Brunei Tarik Perhatian Ramai

Cantiknya!

Cover image via @thehuman_5 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dapat dinafikan, keluarga kerabat Diraja sememangnya mempunyai aura mereka tersendiri

Malah, kecantikan mereka juga boleh dikatakan tiada tolok bandingnya. Senang cerita, kalau nampak mereka di depan mata saja pasti kita akan terpegun dengan kecantikan dan ketampanan luar biasa mereka. Memang lain daripada yang lain!

Siapa saja yang tidak kenal dengan Putera ‘Abdul Mateen iaitu anak kepada Sultan Brunei bukan? Beliau menjadi perhatian dunia apabila rupa parasnya berjaya menambat hati ramai gadis.

Baru-baru ini, seorang lagi cahaya mata Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah menjadi perhatian serta bualan netizen di TikTok.

Lihat video itu di bawah:

Kian meningkat remaja, ramai terpegun dengan kecantikan Puteri Ameerah

Menerusi perkongsian video daripada @thehuman_5, kelihatan beberapa gambar candid Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengeran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah telah berjaya mencuri perhatian netizen.

Rupa parasnya yang semakin cantik dan menawan dikatakan persis seperti ibunya, Azrinaz Mazhar Hakim ketika di usia mudanya dulu.

Walaupun baru berusia 15 tahun, rupa paras Puteri Ameerah kelihatan sangat matang dan 'expensive'. Menurut sumber, kini beliau belajar di Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School Brunei) sejak 2017 sehingga kini.

"She looks so expensive! Exactly like her mom" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 826.4K views, 74.6K likes dan 2.9K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terpegun dengan kecantikan asli Puteri Ameerah itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Dia punya level cantik tu bukan biasa-biasa. Tak perlu make up pun dah terserlah aura! <3

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: