seismik

Cikgu Buat Kejutan Sweet Suruh Tengok 'Gambar' Dalam Kotak, Reaksi Murid Pula Bikin Sebak

Tingginya kasih sayang seorang cikgu.

Cover image via @yattahmad.official (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak kecil lagi, guru merupakan insan yang paling rapat dengan kita selain ibu bapa

Iyalah, dalam seminggu, lima hari kita meluangkan masa di sekolah dan pasti setiap murid mempunyai guru kegemaran mereka. Betul tak?

Namun, menjadi seorang guru juga bukanlah mudah kerana sifat pilih kasih tidak boleh diamalkan semasa mengajar. Semua anak murid perlulah dilayan sama rata supaya ada yang tidak terasa hati.

Baru-baru ini, seorang cikgu membuat kejutan kepada anak-anak muridnya apabila mereka diminta untuk melihat gambar seseorang di dalam kotak.

Lihat video penuh itu di bawah:

@yattahmad.official

Teacher sayang semua murid teacher. Maafkan segala kekurangan teacher sepanjang mendidik kalian

Instrumen Sedih - Yuda pratama

Semua terkejut bila nampak muka sendiri di cermin, tak sangka orang yang dimaksudkan adalah mereka sendiri

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yattahmad.official, kelihatan cikgu itu sedang memberikan satu tugasan buat anak-anak muridnya.

"Teacher bagitahu dekat kelas, dalam kotak tu ada gambar murid yang paling teacher sayang. Masing-masing excited nak tengok siapa. Reaksi yang baju hijau tu paling touching," katanya.

Rupa-rupanya, cikgu itu meletakkan cermin di dalam kotak dan dia ingin memberitahu bahawa dia sayang kesemua anak muridnya sama rata. 

"Terharunya. Bila anak murid tersenyum, cikgu happy dan terharu" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut, kini ia telah mencecah 2.6M tontonan, 148.2K tanda suka serta 4.5K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi anak murid cikgu itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tiba-tiba mata masuk habuk pula. Pandai anak murid dia hargai kejutan yang cikgu buat :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: