seismik

Sanggup Berlari Redah Hujan, Tindakan Cikgu Jemput Murid Di Kereta Ini Buat Ramai Terharu

Bagusnya, siap peluk lagi tu.

Cover image via @aziella_azie (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semasa di zaman persekolahan, setiap orang mesti mempunyai cikgu kesayangan dan rapat dengan mereka bukan?

Sifat penyayang cikgu membuatkan anak murid sudah menganggap mereka seperti ibu bapa sendiri.

Sebab itulah, jika cikgu kesayangan kita pindah sekolah atau pun bersara, ramai anak murid akan menangis kerana terpaksa berpisah dan tidak tahu bila akan berjumpa lagi.

Baru-baru ini, tular pula sebuah rakaman memaparkan seorang cikgu lelaki India sanggup berlari redah hujan untuk mengambil pelajarnya di kereta telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Berlari siap bawa payung sebab tak nak murid basah kena hujan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aziella_azie, kelihatan cikgu India itu berlari meredah hujan sambil membawa payung untuk menjemput muridnya di kereta.

Apa yang menyentuh hati ramai adalah apabila dia sanggup berulang-alik demi mengambil pelajarnya yang baru tiba di pintu pagar sekolah.

Sikap prihatinnya yang persis seperti bapa kepada anak murid membuatkan ramai mengagumi tindakan cikgu tersebut.

"Cikgu ni bagus sungguh, berlari-lari kiri kanan ambil student time hujan. 6.30 pagi dia dah ada dekat pagar kecik tu," kata ibu kepada murid itu. 

"The definition of a teacher with passion. Cikgu macam ni murid-murid akan ingat sampai dia pencen" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 1.2M views, 129.7K likes dan 2.2K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut tersentuh dan kagum melihat keprihatinan dan cara cikgu itu mengambil berat tentang anak muridnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terharulah tengok cikgu penyayang macam ni. Semoga semua cikgu di luar sana diberi kesihatan yang baik untuk terus mendidik anak murid menjadi insan berjaya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: