seismik

"Auto Kena Rasuk" - Sakan Main Bunga Api, Sekali Gadis Ini Menggelupur Lari Sebab...

"Auto free hair" - Warganet.

Cover image via @wanisumali (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, sudah tentu ramai yang teruja untuk bermain bunga api dengan keluarga atau kawan-kawan betul tak?

Ramai juga yang sudah membeli stok mercun dan pelbagai jenis bunga api untuk bermain pada malam raya nanti.

Namun, kita juga perlu beringat supaya jangan terlalu teruja dan seronok kerana risau bertukar menjadi tragedi lain pula nanti.

Berbeza pula dengan situasi yang terjadi kepada seorang gadis ini apabila dia sedang bermain bunga api telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@wanisumali

video random record tanpa sengaja tetiba ada situation yang tak terduga. It's anak lipas guys #fyp #ramadan

original sound - - Zas Karisma

Nak rakam video main bunga api, sekali lain pula yang jadi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @wanisumali, kelihatan gadis itu sedang bermain bunga api dengan kawan-kawannya di kawasan luar rumah mereka.

Beberapa saat kemudian, tiba-tiba dia rasa macam ada sesuatu yang terbang dan masuk ke dalam tudungnya.

Dia sempat meminta tolong kawan-kawannya check kalau ada haiwan yang terbang di bahagian kepalanya. Namun, mereka tidak menjumpai apa-apa.

Apa yang mengundang tawa ramai adalah apabila gadis itu tiba-tiba menggelupur dan membuka tudungnya kerana 'benda' itu bergerak di dalam. Rupa-rupanya, benda yang bergerak dalam tudung itu adalah anak lipas.

"Walaupun kena censored masih kelakar. Hahaha kalau aku ada dekat situ memang gelak sampai terkencing tau" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah sehingga 1.1M tontonan, 122.5K tanda suka serta 16.7K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Lipas kot, siapa je tak menggelupur kalau dah masuk dalam tudung tu! :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: