seismik

"Auto Cucuk Langit" - Pemuda Tunjuk Lampu Raya Di Garaj Rumah, Tak Sangka Ada Plot Twist

Lain macam lampu lip lap dia.

Cover image via @fariszuh (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali tibanya hari raya Aidilfitri, pasti kita akan teruja untuk menghias rumah dengan lampu lip lap dan pelita bukan?

Tambahan pula jika berkumpul dengan keluarga dan sanak-saudara di kampung, memang meriah bila malam-malam. Semua nak tunjuk rumah siapa paling cantik.

Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila seorang pemuda berkongsi lampu lip lap di garaj rumahnya yang 'rare' telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video itu di bawah: 

@fariszuh

jangan tanya kenapa kami ada lampu begitu

Suasana Hari Raya - Datuk Sharifah Aini

Garaj penuh dengan lampu lip lap, sekali ada juga lampu disco dekat sudut tepi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fariszuh, kelihatan dia merakam suasana di pekarangan rumahnya yang dipenuhi dengan lampu lip lap.

Rumahnya nampak sangat ceria dengan lampu raya berwarna-warni itu sebelum menyambut hari raya Aidilfitri yang akan tiba beberapa hari saja lagi.

Namun, tiba-tiba ada pula lampu 'disco' di sudut tepi garaj rumahnya yang mencuri perhatian ramai orang.

Lampu itu membuatkan ramai berseloroh mengatakan pemuda itu ingin melayan lagu-lagu club selepas memasang lagu raya.

"Dah ready dah tu nak disco tinggal habis puasa je" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 103.5K tontonan, 20.8K tanda suka serta 1.8K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat lampu lip lap di rumahnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ini mesti nak sleep over dengan sepupu semua sambil layan lagu yang bukan-bukan betul tak? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: