seismik

Miliki Bibir Terbesar & Tebal Di Dunia, Wanita Ini Akui Susah Nak Cari Pasangan Hidup

Besar betul bibir dia.

Cover image via Mail Online

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua manusia di dunia ini diciptakan dengan pelbagai rupa dan keunikan tersendiri

Sebagai tanda mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Sang Pencipta, kita tidak seharusnya mengubah rupa dan bentuk badan kerana masing-masing mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada orang lain.

Sebagai contoh, ada orang memiliki tanda lahir yang besar di muka, tahi lalat besar di bahagian mulut dan juga bibir tebal sehingga menjadi bualan orang ramai.

Begitu juga dengan seorang wanita dari Bulgaria ini apabila dia memiliki bibir terbesar di dunia dengan hasil pembedahan sehingga sukar untuknya mencari teman hidup.

Image via Mail Online

Belanja £20,000 (RM109,622) untuk jalani 43 pembedahan di bibir

Wanita yang dikenali sebagai Andrea Emilova Ivanova dari Sofia, Bulgaria itu mengakui dirinya sukar mencari cinta sejati dan pasangan hidup gara-gara keadaan bibirnya yang terlalu besar dan tebal.

Menurut sumber, Andrea berkata dia seorang wanita yang tidak suka penampilan yang membosankan dan terlalu biasa. Disebabkan mempunyai minat terhadap bentuk yang besar dan kecantikan yang pelik, Andrea telah menghabiskan RM109,622 untuk pembedahan bibir serta RM8,770 untuk empat suntikan asid hyaluronic di tulang pipinya.

Image via Mail Online

Ramai followers ajak keluar dating, tapi sedih tak jumpa cinta sejati sebab ada yang kata dia pelik dan gila

Andrea juga seronok dan bangga apabila ramai followers lelaki di media sosial telah menghubunginya untuk mengajak keluar, menawarkan duit, malah ada yang offer percutian ke luar negara.

Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka meminati dirinya kerana bentuk bibir yang tebal dan besar saja. Malah, ada yang mengatakan dia pelik dan gila kerana mempunyai penampilan seperti itu.

Ia membuatkan Andrea sukar untuk mencari orang yang betul-betul ikhlas mengenalinya sehingga wanita itu menyertai sebuah rancangan realiti untuk mencari pasangan.

Image via Mail Online

Takut pula tengok bentuk bibir dia. Kenapa mesti ubah bentuk bibir asal bukan?

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: