seismik

Kawan Dari Russia Cari Jodoh Lelaki Melayu, Gadis Ini Minta Siapa Yang Single 'Masuk Line'

Bagusnya dia nak masuk Islam!

Cover image via @theintrovertedresearcher (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua orang tahu bahawa jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT

Apabila bercerita soal cinta dan jodoh, setiap orang pasti menginginkan pasangan yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan lebih-lebih bagi yang beragama Islam.

Bukan itu saja, ramai orang yang beragama lain sanggup masuk Islam kerana niat untuk berkahwin dan mempelajari ilmu tentang agama yang sangat indah ini.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video di TikTok mengenai seorang gadis dari Russia mencari jodoh lelaki Melayu Islam telah mencuri perhatian ramai.

Lihat perkongsian gambar itu di bawah:

Terjumpa kawan baru di Busan, kebetulan tengah cari jodoh

Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna bernama @theintrovertedresearcher, kelihatan gadis itu berkongsi beberapa keping gambarnya bersama seorang gadis dari Russia.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila gadis Russia itu dikatakan sedang mencari jodoh lelaki Melayu dan beragama Islam. Hal ini kerana dia akan berhijrah masuk ke agama Islam dan menginginkan seseorang untuk membimbingnya.

"Kalau boleh lelaki tu umur 30 tahun ke atas. Olya nak lelaki Melayu Islam. Lelaki tu wajiblah agama dia bagus dan boleh guide Olya to be a good Muslim," katanya.

"Hopefully ada educated man berkenan dekat Olya. Semoga dipermudahkan urusan baik tersebut" - Netizen

Ikutan tularnya posting berkenaan yang kini telah mendapat 155.6K tontonan dan 9.1K tanda suka di TikTok, rata-rata netizen turut mendoakan urusan mencari jodoh itu dipermudah.

Walau bagaimanapun, pemilik posting itu telah menutup ruangan komen di gambar-gambar yang dikongsinya.

Apa-apa pun, kami doakan semoga Olya bertemu jodoh dengan lelaki yang budiman dan tinggi ilmu agamanya. Amin :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: