"Siap Berzikir" - Gelagat Pelatih Polis Masa Diumum Tempat Bertugas Ini Mencuit Hati Ramai
Pasrah jelah bang.
Menjadi anggota polis bukanlah satu pekerjaan yang mudah di setiap negara
Hal ini kerana merekalah pihak yang menjaga keamanan negara dan memerangi pelbagai jenis jenayah. Malah, nyawa anggota polis adalah yang paling terancam jika berdepan dengan penjenayah.
Oleh itu, mereka memerlukan latihan yang secukupnya sebelum mendapat lesen sebagai anggota polis yang sah.
Namun, lain pula yang berlaku dalam video tular ini apabila gelagat pelatih polis semasa nama mereka dimumumkan untuk bertugas di mana telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berdebar-debar tunggu kena posting ke mana, siap berdoa dan berzikir
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aziraaadk, kelihatan ratusan pelatih polis difahamkan di PULAPOL Air Hitam Negeri Sembilan sedang menunggu giliran untuk mengetahui mereka akan bertugas di mana.
Apa yang menjadi tumpuan adalah apabila dua orang pelatih polis dilihat berdoa dan berzikir supaya nama mereka tidak dihantar ke Sabah atau Sarawak.
Lebih menghiburkan, salah seorang daripada mereka dihantar ke IPD Lahad Datu, Sabah. Kawan-kawannya bersorak gembira sebaik saja nama lelaki itu diumumkan dalam dewan.
Lelaki itu hanya mampu gelak dan pasrah kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga di semenanjung.
"Welcome to bandar perang bang, Lahad Datu Sabah bosku" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 3.4M tontonan, 219.2K tanda suka dan 7.9K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat para pelatih polis itu.
Berikut dibawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!