seismik

Nak Bagi Murid Semangat, Cikgu Transform Kelas Jadi Tema Marvel Ini Buat Ramai Kagum

Cikgu macam ni yang kita mahu!

Cover image via @hanifazahar777 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerjaya sebagai seorang guru bukanlah senang, ini kerana gurulah yang menjadi tonggak utama untuk memastikan kejayaan para pelajar

Macam-macam cara yang dilakukan oleh guru demi menaikkan semangat anak murid untuk terus belajar sehingga habis waktu persekolahan.

Antara perkara yang harus diambil tahu adalah keselesaan bilik darjah itu sendiri. Jika kelas kotor dan bersepah, murid-murid pun tiada semangat untuk belajar betul tak?

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang guru Bahasa Inggeris mengubah suai sebuah bilik darjah yang buruk hingga menjadi cantik telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat gambar itu di bawah:

Fikir cara bagaimana nak naikkan semangat murid untuk belajar, timbul idea nak ubah suai kelas

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh @hanifazahar777, kelihatan cikgu Bahasa Inggeris itu berkongsi gambar sebelum dan selepas kelasnya diubah suai.

Keadaan bilik darjah itu kelihatan sangat buruk dan kotor dengan dinding yang diconteng. Cikgu itu merasakan dia perlu buat sesuatu untuk memastikan para pelajarnya bersemangat untuk ke kelas setiap hari.

Dia kemudian memikirkan beberapa tema yang menarik untuk mengubah suai kelas tersebut dan akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan tema super heroes dari filem Marvel seperti Thor, Ironman, Captain America dan macam-macam lagi.

"Kalau kelas macam ni, kami pun nak patah balik jadi murid sekolah semula. Kemas je, sejuk mata nak mengajar" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.2M views, 142.2K likes dan 4.7K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memuji tindakan cikgu itu yang kreatif.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Effort memang A+. Terbaiklah cikgu! Mesti murid-murid sayang lebih :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: