seismik

"Tak Pasal Kena Bangkai" - Cara Lelaki Kejut Bangun Sahur Ini Buat Warganet Terkejut

Sabar bang, bulan puasa jangan marah-marah. Haha.

Cover image via @aretoycakedek (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, memang kadang-kadang agak liat untuk kita bangun sahur kerana badan yang penat setelah seharian bekerja

Walaupun sudah kunci jam, memang ada kalanya 'terbabas' juga. Terpaksalah menahan lapar dan dahaga dengan penuh kesabaran.

Berbeza pula dengan video seorang lelaki mengejut sahur ini telah mengundang tawa ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Mula-mula cakap nada lembut, sekali terus bertukar jadi kasar sebab liat bangun sahur

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aretoycakedek, kelihatan lelaki itu berlakon seolah-olah sedang mengejut orang di sebelahnya untuk bangun sahur.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia yang pada mulanya mengejut dengan nada yang lembut dan sweet tiba-tiba jadi naik angin sebab orang di sebelah tak nak bangun.

Ayat yang dikatakan juga melucukan seperti perkataan 'bangkai', 'kahak' dan 'pelekuk dahi'.

"Masuk-masuk dah kena kahak. Baru nak sweet-sweet, haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sehingga 921K views, 112.2K likes dan 26.8K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat cara lelaki itu mengejut sahur. Malah, ada yang siap save video itu untuk dijadikan sebagai ringtone.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Ini bukan nak kejut sahur bang, ini cari gaduh! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: