Kena Caj Tambahan RM3 Gara-Gara Minta Kurang Ais, Lelaki Ini Terkejut Air Bungkus Jadi RM8
Cekik darah betul.
Setiap kali tibanya bulan puasa, antara tempat yang paling ramai dikunjungi adalah bazar Ramadan
Apabila perut sudah lapar, memang kita akan nampak semua makanan sedap- sedap belaka. Kalau lalu di bahagian orang jual air pula, automatik akan telan air liur. Iyalah, macam-macam jenis minuman yang dijual di bazar Ramadan.
Namun, seorang pelanggan meluahkan rasa kecewanya baru-baru ini apabila dia terpaksa membayar caj tambahan untuk air bungkus yang dibelinya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Harga asal RM5 sebungkus, tiba-tiba total jadi RM8 pula
Menerusi video yang dimuat naik oleh @eshamsoda, lelaki itu terkejut apabila dia dikenakan caj tambahan RM3 ketika membeli air bungkus dengan meminta dikurangkan ais batu di sebuah bazar Ramadan.
Menurutnya, air strawberi itu berharga RM5 sebungkus. Gara-gara ingin kurang ais, dia kena tambah lagi RM3. Dia merasakan caj tambahan tersebut terlalu mahal namun terpaksa membayarnya kerana pesanannya itu telah siap dibungkus.
"Hari ini beli air strawberi dekat bazar Ramadan. Dia tulis air sebungkus RM5, tak nak ais kena tambah RM3, jadi saya pun cakap kat budak itu nak air strawberi satu tapi kurang ais. Dah buat, dah bungkus bapa dia datang tanya kurang ais ya? Saya pun jawablah ya"
"Lepas tu bapa dia kata tambah RM3, tapi saya balas la kurang ais je bukan tak ada ais, tapi bapa dia kata sama kena tambah RM3 juga. Aku fikir bulan Ramadan je ini,” luahnya.
"Tu yang malas nak pergi bazar dah, melampau-lampau harga sekarang" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 102.4K views, 3.8K likes dan 1.1K comments di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing mengenai situasi lelaki itu. Malah, ramai yang turut tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!