"Dia Undur Balik" - Tindakan Dua Lelaki Saling Membantu Masa Bayar Tol Ini Curi Tumpuan
Dua-dua baik hati.
Masalah gagal membuat pembayaran di laluan tol Touch 'n Go (TnG) sudah banyak kali terjadi kepada pemandu di jalan raya
Kadangkala, ia bukan berpunca dari kekurangan baki dalam kad TnG kita, tetapi sensor mesin tol itu sendiri yang tidak berfungsi.
Kebiasaannya, sudah tentu kita akan dimarahi oleh kereta-kereta di belakang kerana menjadi punca kesesakan jalan raya.
Namun, lain pula yang berlaku dalam video tular ini memaparkan dua orang lelaki saling membantu apabila kad mereka tidak dapat dibaca ketika membuat pembayaran telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Kad tak detect, sama-sama bantu supaya dapat buat pembayaran
Menerusi rakaman yang berdurasi 41 saat itu, kelihatan si perakam mendapati pemandu kereta di depannya menghadapi masalah dan tidak lepas untuk membuat pembayaran di tol TnG.
Setelah mencuba beberapa kali tetapi masih gagal, si perakam pun turun dari keretanya dan menyentuh kad TnG miliknya agar palang boleh dibuka.
Apa yang mencuri perhatian adalah sebaik saja kereta Kancil itu lalu terus berjalan ke depan, pemandu itu tiba-tiba mengundur untuk membantu semula kenderaan si perakam dengan menyentuh kad TnG kepunyaannya pula.
"Dia reverse, bagusnya. Moga Allah permudahkan urusan saudara berdua" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 187.3K tontonan, 13.1K tanda suka serta 714 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut kagum dengan tindakan kedua-dua lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!