seismik

"Macam Ada Persamaan" - Individu Ini Dakwa Tidak Puas Hati Dengan Aplikasi KitaJaga

Rakyat kini boleh menggunakan aplikasi KitaJaga mulai 28 Mac 2023 untuk menyemak harga barangan runcit yang dijual di seluruh negara.

Cover image via @EPUMalaysia (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

KitaJaga merupakan aplikasi yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk memudahkan rakyat Malaysia sejak Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata kini aplikasi tersebut boleh digunakan untuk menyemak harga barangan runcit yang dijual di seluruh negara. Aplikasi tersebut juga mempamerkan harga harian untuk setiap barang mengikut lokasi tertentu.

Pengguna boleh memilih ciri Cek Harga dalam aplikasi KitaJaga dan seterusnya membuat carian barangan runcit yang ingin dibeli.

Image via Berita RTM

Timbul pula isu kontroversi ada persamaan dengan aplikasi lain

Walaupun inisiatif kerajaan ini adalah langkah yang baik untuk rakyat marhaen, namun seorang wanita mendakwa aplikasi KitaJaga mempunyai data dan gambar yang sama dengan aplikasi PriceCatcher.

Namun begitu, ciapannya di laman Twitter telah ‘dihapuskan’ mungkin atas sebab-sebab tertentu atau salah faham.

Aplikasi PriceCatcher dibangunkan dengan kerjasama KPDNHEP yang turut dijayakan bersama lebih 1,000 pegawai seluruh negara untuk membuat semakan secara berkala.

Sementara itu, pengasas aplikasi KitaJaga iaitu Reza Razali tampil memberi pencerahan mengenai isu tersebut

Lihat ciapannya itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: