seismik

Kad Debit & Kredit Kini Boleh Diguna Untuk Bayar Tol Di 5 Highway Mulai September Ini

Pelaksanaan sistem pembayaran ini merupakan inisiatif awal untuk mengawal peralihan arah sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang sedang diusahakan.

Cover image via Denai Hati & The Star

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak beberapa tahun lalu, isu monopoli Touch 'n Go (TnG) sering dibangkitkan oleh rakyat di Malaysia

Walaupun sudah banyak laluan tol dibuka, pasti ada saja isu yang menyebabkan jalan sesak dan ada sering juga berlaku tol rosak.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa akan memberikan perhatian berhubung isu ini dalam program 'Temu Anwar'.

Image via Utusan

Boleh buat pembayaran guna kad debit dan kredit di beberapa lebuh raya

Beberapa lebuh raya bakal melakukan sistem pembayaran secara terbuka bermula September ini, di mana pengguna jalan raya boleh membayar tol dengan hanya menggunakan kad debit atau kredit.

Antara lima lebuh raya itu adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexender Nanta Linggi, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka ini ialah antara inisiatif awal kerajaan sebagai peralihan ke arah sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang sedang giat diusahakan.

Image via Utusan Malaysia

Pelaksanaan secara keseluruhan MLFF itu bakal dilakukan secara berperingkat selewat-lewatnya pada suku ketiga tahun 2024

Sementara itu, lihat posting penuh Datuk Seri Alexender Nanta Linggi di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: