seismik

[VIDEO] Isteri Buat Surprise Birthday Di Restoran, Tapi Reaksi Suaminya Pula Curi Tumpuan

Tengah tahan malu tu.

Cover image via @jsminnnnn4 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap tahun, semua orang akan menyambut hari jadi sebagai memperingati tarikh kita dilahirkan ke dunia ini

Tidak dinafikan, pasti kita akan rasa seronok dan dihargai apabila mendapat kejutan hari jadi daripada pasangan atau keluarga bukan?

Tetapi, sesetengah orang yang introvert mungkin tidak selesa dengan kejutan hari jadi di tempat awam kerana malu diperhatikan orang ramai.

Seperti sebuah video ini apabila seorang wanita membuat kejutan hari jadi untuk suaminya di restoran telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@jsminnnnn4

Hahaha kenapa terkejut sgt tu

suara asli - badutmu - t y a k k k

Tak sangka isteri buat surprise siap bagi kek dan bunga

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jsminnnnn4, kelihatan lelaki itu berada di sebuah restoran bersama isterinya dan sedang menunggu makanan mereka sampai.

Namun, apa yang membuatkan dia terkejut adalah semasa dia sedang asyik bermain telefon, tiba-tiba staf di restoran itu datang ke meja mereka sambil menyanyikan lagu Happy Birthday.

Lebih melucukan, reaksi muka lelaki tersebut kelihatan sangat terkejut dan menahan malu sebaik saja menerima kejutan yang tak disangka-sangka itu. Malah, dia siap membebel kepada isterinya sambil menutup muka menahan malu.

"Suami saya dah pesan siap-siap, jangan buat macam ni. Dia jenis pemalu hahaha" - Warganet

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 64.2K tontonan, 5.9K tanda suka dan 210 perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi spontan lelaki itu. Malah, ramai juga berkongsi perangai sama suami mereka yang jenis pemalu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Betul punya malu tu, tak apalah bang sekali-sekala dapat surprise best apa :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: