seismik

Menyamar Jadi Rider Hantar Belon, Anak Buat Kejutan Dekat Mak Lepas 3 Tahun Tak Balik

Alahai sebak pula tengok.

Cover image via @najmirsni (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Siapa saja yang tidak sedih apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga, tambahan pula jika perlu bertugas di luar negara

Hanya doa dan panggilan telefon saja dapat mengubati rindu di dada. Walau bagaimanapun, sebagai anak pasti kita akan buat apa saja demi menggembirakan ibu bapa yang jauh di perantauan bukan?

Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini memaparkan seorang lelaki menyamar menjadi penghantar jambangan belon membuat kejutan untuk ibunya telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@najmirsni Hidup perantauan berjauhan dengan family 3 tahun tak balik .. Rindu Mama&Abah #tiktok #fyp #fypviral original sound - najmirosni

Tiga tahun tak balik Malaysia, ibu menangis bila tengok anak depan mata

Menerusi video yang dimuat naik oleh @najmirsni, kelihatan lelaki itu akhirnya pulang ke tanah air setelah tiga tahun bekerja di Mesir.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia menyamar sebagai penghantar belon untuk diberi kepada kedua ibu bapanya sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Dia dilihat masuk ke rumah kemudian memberikan belon itu kepada ibu bapanya. Kemudian, dia meminta mereka memberikan ucapan kepadanya yang konon masih berada di Mesir.

Lebih membuatkan ramai sebak, sebaik saja dia membuka topi keledarnya sejurus si ibu membuat ucapan, ibunya terus menangis gembira dan meraung kerana tidak menyangka anak yang dirindui kini berada di depan mata.

"Part mak dia meraung tu, auto menangis" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.7M views, 213.3K likes dan 16K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi ibu lelaki itu. Malah, ramai yang merindukan arwah ibu bapa mereka.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mesti mak dia rindu sangat, sebab tu terus meraung bila nampak anak dia :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: