seismik

Selamba Campak 'Tahi Kucing' Ke Bawah, Ramai Naik Berang Lihat Perangai Jiran Gadis Ini

Tandas kan ada, kenapa mesti kotorkan kawasan rumah?

Cover image via @tyaraulfa1 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila tinggal berjiran lebih-lebih lagi di kawasan perumahan seperti flat atau kondominium, kita perlulah ada common sense dan tidak mengotorkan kawasan tersebut

Kadangkala, sikap dan mentaliti orang sekeliling memang boleh mendatangkan amarah terhadap jiran-jiran.

Paling sakit hati apabila kita melihat perangai mereka yang tidak senonoh di depan mata sendiri. Silap hari bulan boleh bawa bergaduh.

Seperti sebuah video yang tular di laman Twitter ini, seorang gadis menunjukkan perangai kotor jirannya yang selamba mencampak tahi kucing di bawah apartment telah mengundang kecaman ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Jiran bawah rumah kantoi campak tahi kucing, tak ada rasa serba salah langsung

Menerusi video yang dimuat naik oleh @tyaraulfa1 di TikTok, kelihatan gadis itu merakam perangai jiran bawah rumahnya yang tidak senonoh.

Jirannya itu dilihat memegang bekas najis kucing dan membuat aksi seperti sedang menampi padi. Apa yang mengejutkan adalah apabila dia tiba-tiba mencampak beberapa ketul tahi kucing ke bawah apartment tersebut.

"Guys, kalau ada jiran macam ni apa yang kita kena buat eh? Sabar jelah. Saya pun bela kucing juga tapi tak ada lah macam ni. Pergilah buang dalam plastik dalam tong sampah," katanya.

"Inilah punca kenapa orang benci sangat sang pemelihara kucing. Buruk betul perangai" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini mendapat 1.2M views, 3.1K retweets dan 3.4K likes di Twitter, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram melihat perangai buruk jiran gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen netizen di Twitter:

Pelik betul perangai manusia zaman sekarang, macam tak boleh fikir logik. Jangan ikut perangai jiran dia guys!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: