Pengantin Terkejut Suami Tiba-Tiba Dipeluk Perempuan Atas Pelamin, Rupanya Ada Plot Twist
Wah, berani betul.
Bagi pasangan yang ingin berkahwin, sudah tentu salah satu pihak tidak mahu menjemput bekas kekasih untuk datang ke hari bahagia mereka bukan?
Iyalah, buat rosak mood saja. Elok-elok sedang bersanding dan menikmati momen-momen bahagia bersama pasangan, tiba-tiba datang pula tetamu yang tidak diundang.
Namun, perkara tidak diingini seperti itu kadangkala memang boleh terjadi. Seperti sebuah video yang tular di TikTok ini apabila pengantin lelaki dipeluk oleh seorang wanita tidak dikenali telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Isteri sampai terduduk, perempuan berjubah hitam tiba-tiba datang peluk suami dekat pelamin
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ifah_hennaart, kelihatan pasangan pengantin itu sedang bersanding sambil bergambar dengan para tetamu.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila tiba-tiba datang seorang wanita berjubah hitam dan bertudung hijau memeluk pengantin lelaki.
Pengantin lelaki itu kelihatan terkejut dengan tindakan wanita tersebut, tetapi dia automatik membalas pelukannya. Manakala, si isteri pula terduduk melihat situasi yang tidak disangka itu.
Rupa-rupanya, individu yang memakai jubah tersebut adalah seorang lelaki dan merupakan kawan si pengantin lelaki.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Nasib baik pengantin perempuan tak mengamuk. Banyak kali aku ulang" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 29.1M tontonan, 1.8M tanda suka serta 62.8K perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat prank itu dan memberikan reaksi masing-masing mengenainya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!