seismik

Lelaki Reda Pakai Maskot Datang Majlis Kahwin Ex, Reaksi Bapa Pengantin Pula Raih Tumpuan

Sedihnya.

Cover image via @encik_dobi (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap pasangan yang sudah bertahun-tahun bercinta sudah tentu ingin mengakhiri hubungan mereka dengan ikatan yang sah sebagai suami isteri

Perkahwinan merupakan impian bagi setiap pasangan kekasih. Namun, dugaan itu pasti ada. Cuma, ada pasangan diuji dengan dugaan yang berat berbanding orang lain.

Seperti apa yang dihadapi oleh seorang lelaki ini apabila dia sanggup memakai maskot untuk menghadiri majlis kahwin bekas kekasihnya telah meraih perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sorok sedih sampai terpaksa pakai maskot, reda jodoh tak panjang

Menerusi video yang dimuat naik oleh @encik_dobi, kelihatan lelaki itu menguatkan dirinya untuk hadir ke jemputan majlis kahwin bekas teman wanitanya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia dilihat memakai maskot berwarna hijau dan mengambil gambar dengan si pengantin perempuan di atas pelamin.

Lebih membuatkan ramai sebak, lelaki itu sempat berjumpa dengan ibu bapa bekas teman wanitanya dan memeluk bapa pengantin sebelum meninggalkan majlis tersebut.

Bapa pengantin perempuan turut nampak sedih kerana menurut lelaki itu, mereka sudah rapat seperti keluarga sendiri. Iyalah bercinta pun sudah tujuh tahun. Siapa je yang tak sedih. Tetapi, lelaki itu menerima takdir yang tertulis buatnya.

"Dapat rasakan sakitnya, tujuh tahun yang sia-sia. Putus tanpa sebab, mesti dia nangis dalam maskot tu" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 788.5K tontonan, 47.4K tanda suka serta 3.3K perkongsian di laman TikTok.

Manakala, rata-rata warganet turut rasa sebak melihat lelaki itu dan ada yang meluahkan reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Faham perasaan abang tu. Tak apa, semoga dapat jodoh yang lebih baik nanti ya. Terus kuat! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: