seismik

Rumah Habis Banjir, Rakaman Ayah Sanggup Angkat Anak Sebelum Akad Nikah Buat Netizen Sebak

Tak bolehlah tengok video sedih macam ni.

Cover image via @oohlysa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sejak akhir-akhir ini, cuaca kerap hujan di beberapa buah negeri sehingga menyebabkan banjir

Sudah tentu ramai yang terkesan dengan bencana alam ini, terutamanya bagi yang mahu membuat majlis perkahwinan. Pelbagai dugaan datang sebelum mendirikan masjid.

Namun, sebuah video memaparkan kasih seorang ayah sanggup mengangkat anak perempuannya sebelum akad nikah telah membuatkan ramai sebak.

Lihat video penuh itu di bawah:

@oohlysa this video that i recorded before the akad nikah really makes me wanna cry @• Awin • #banjir Sempurna - DENII

Ayah sanggup angkat sampai ke pelamin sebab tak nak baju anak basah

Menerusi perkongsian video daripada @oohlysa, kelihatan kawasan rumah pengantin perempuan itu yang berada di Kuala Rompin sedang hujan lebat dan air mula naik.

Sebelum akad nikah berlangsung, si ayah tiba-tiba mengangkat anak perempuannya itu untuk meredah banjir kerana tidak mahu baju anaknya basah.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah apabila pengantin perempuan itu dilihat seperti menangis terharu dengan pengorbanan ayahnya.

"Comel je ayah. Dad always be superhero for their daughter" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah sehingga 3.8M tontonan, 612.7K tanda suka serta 27K perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut sebak melihat tindakan ayah pengantin perempuan itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak sedar tiba-tiba mata berhabuk pula :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: