seismik

"Macam Nak Gaduh" - Suara Gadis Nyanyi Di Konsert BLACKPINK Ini Curi Perhatian Ramai

Kalau tak nyanyi tak feel lah pergi konsert kan?

Cover image via @pikanizer (TikTok) & @hsetchaal (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, kumpulan K-pop popular iaitu BLACKPINK telah membuat konsert jelajah Born Pink di Stadium Nasional Bukit Jalil

Stadium tersebut dibanjiri seramai 60,000 penonton yang datang dari seluruh Malaysia demi melihat penampilan Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo di atas pentas berskala besar di negara ini.

Sudah semestinya, para penonton turut menyanyi bersama-sama BLACKPINK sepanjang konsert malam itu berlangsung.

Namun, lain pula dengan situasi lucu ini apabila seorang gadis tidak sedar suaranya seperti sedang bergaduh semasa sakan merakam konsert BLACKPINK telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Member terlalu fanatik, sakan menyanyi sampai tak sedar suara jadi lain

Menerusi video yang dikongsi oleh @pikanizer, kelihatan dia dan kawannya tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan konsert BLACKPINK.

Apa yang menjadi tumpuan ramai adalah apabila Lisa menyanyikan lagu hitnya iaitu 'LALISA', kawan gadis itu turut menyanyi sambil rakam video.

Lebih melucukan, suaranya itu kedengaran seperti ingin bergaduh kerana terlalu excited menjerit. Gadis itu ketawa melihat gelagat kawannya yang dikatakan terlampau fanatik terhadap Lisa.

"Sebab tu kalau nak record jangan nyanyi sekali," katanya.

Sementara itu, lihat video dari pengguna lain di bawah:

"Hahaha sebab tu aku memilih diam bila tengah record, takut jadi lagu ni" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 54K views, 5.6K likes dan 770 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dan boleh relate dengan situasi gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lawaklah, macam nak gaduh pun boleh ya. Tak apa, sekali seumur hidup kan. Kenalah all out! :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: