seismik

Excited Jumpa Aina Abdul Siap Pegang 'Bulu Baju', Gelagat Peminat Ini Cuit Hati Ramai

Dia punya excited tu tak boleh sorok dah, haha.

Cover image via @angelinaalaska (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti mempunyai artis kegemaran dan akan rasa teruja apabila dapat berjumpa dengan mereka in real life betul tak?

Tidak kiralah penyanyi atau pelakon, memang ada yang teruja sehingga menangis kalau bertemu dengan artis kegemaran yang selama ini hanya dilihat melalui kaca televisyen dan media sosial saja.

Sebagai kenangan, sudah tentu kita akan mengambil gambar atau video dengan artis pujaan hati. Namun, lain pula yang berlaku dalam video tular ini apabila gelagat seorang pemuda teruja dapat berjumpa dengan Aina Abdul telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

First time jumpa Aina Abdul depan-depan, excited sampai dapat pegang bulu baju pun seronok

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @angelinaalaska, kelihatan pemuda itu berada di sebuah konsert dan berasa teruja dapat berjumpa dengan Aina Abdul buat pertama kalinya.

Apa yang mencuit hati adalah apabila dia yang tidak dapat menyorok keterujaannya itu spontan memegang bulu pada busana Aina yang berwarna hitam dan membuatkan Aina tergelak melihatnya. 

Dia kemudiannya berkata "I love you" berulang kali kepada Aina dan siap menjerit kepada orang ramai di situ "my dreams come true guys!".

"Sampai sini rasa excited, aku pulak yang nervous tengok kau bang. Akak polis tu pun pegang bulu sekali hahaha" - Netizen

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 119.7K views, 18.7K likes dan 1.6K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat comel pemuda itu. Aina Abdul juga sempat meninggalkan komen buatnya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mesti dia dah lama nak jumpa Aina Abdul, sekali bila dapat jumpa depan-depan memang all out excited tu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: