Hampir Diperkosa Di Tempat Kerja, Sajat 'Menangis' Cerita Pengalaman Leher & Muka Diterkam
Kesian pula tengok.
Malang tidak berbau, apabila usahawan kontroversi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mendedahkan dirinya hampir diperkosa baru-baru ini
Menurut Sajat yang membuat live di Facebooknya, dia hampir menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki di Australia pada awal Januari yang lalu.
Kejadian itu terjadi di tempat kerjanya semasa dia sedang melayan pelanggannya itu untuk membuat rawatan waxing.
Lihat video penuh itu di bawah:
Leher diterkam dan muka ditampar dengan lelaki Arab, Sajat trauma dan alami anxiety
Menerusi perkongsian video berdurasi 11 minit 37 saat itu, Sajat menceritakan pengalaman buruk yang terjadi kepada dirinya dua bulan lalu.
Semuanya bermula apabila lelaki berketurunan Arab itu masuk ke kedainya dan mengunci pintu sebaik saja pelanggan terakhir keluar.
“Benda ini jadi dekat bilik dalam kedai Sajat. Dia menyelinap masuk dan kunci kedai. Dia ugut kata dalam kedai tiada kamera llitar tertutup (CCTV) tapi Sajat tetap melawan kata tak boleh macam ni. Dia tak puas hati tampar dan terkam leher Sajat, dia raba lepas tu buka baju dan seluar,” katanya yang kini sudah menetap di Australia.
Selepas menghabiskan cerita tentang insiden tersebut, Sajat menutup mukanya sambil menahan sebak kerana masih trauma dengan pengalaman buruknya itu.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 358K views, 3.1K likes dan 1.2K comments di Facebook
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mengenai insiden yang terjadi kepadanya.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Facebook:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!