seismik

"Ya, Half Way To Go" - Neelofa Akhirnya Buka Mulut, Kini Sedang Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah, tahniah Neelofa!

Cover image via @neelofa (Instagram) & @Neelofa (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setelah berbulan-bulan ramai berteka-teki tentang status kehamilan selebriti popular Neelofa, akhirnya dia membuka mulut tentangnya

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua dan sudah memasuki trimester kedua.

Menurut sumber, dia mengakui status kehamilannya itu apabila orang luar sudah mula perasan akan perubahan ketara pada bentuk tubuhnya.

Syukur segala urusan dipermudahkan walaupun kehamilan kali ini tidak mudah kerana aktif ke sana dan ke sini

"Ya, half way to go. Jadi faham-fahamlah. Orang pun dah nampak kan? Alhamdulillah ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat semuanya. Ramai juga yang menghantar mesej peribadi di media sosial, syukur Alhamdulillah," katanya.

Soal jantina pula, Neelofa berkata dia tidak kisah anak lelaki atau perempuan asalkan anaknya itu berada dalam keadaan yang sihat dan sempurna. Neelofa juga berkata dia tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang kehamilannya kali ini.

"Dari kehamilan pertama, memang tidak teruk Alhamdulillah. Ada juga sedikit perubahan yang saya perlu buat tapi semua baik-baik saja. Dari segi perubahan bentuk badan, rasa, hormon dan banyak lagi. Tapi saya seperti mereka yang banyak kali hamil, yang sudah biasa dengan semua itu," katanya lagi.

Terdahulu, Neelofa dikatakan hamil anak kedua selepas video menampakkan perubahan pada bahagian perutnya dan Neelofa memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun pertama kelahiran Bilal.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: